Paip & Sistem Air
Paip bocor, air perlahan, sinki tersumbat, pam air dan sistem bypass.
- Baiki paip bocor & pecah
- Pasang paip baharu & ubah laluan
- Sinki, tandas & saluran tersumbat
- Pam air & bypass tekanan air
- Kesan kebocoran bawah tanah atau dinding
Paip • Wiring • Aircond • Kerja Am
Acik datang periksa, terangkan punca sebenar, dan bagi harga jujur sebelum kerja bermula. Untuk rumah, kedai, homestay dan premis di Kedah Utara & Perlis.
Periksa & sebut harga percuma • Tiada kos tersembunyi
Acik sendiri yang datang. Periksa, bagi harga, dan pantau kerja.
Servis kami
Tak perlu cari tukang paip, tukang elektrik dan tukang cat berasingan. Acik uruskan dari pemeriksaan sampai kerja siap.
Paip bocor, air perlahan, sinki tersumbat, pam air dan sistem bypass.
DB trip, soket tambahan, lampu, kipas, water heater dan servis aircond.
Bumbung bocor, awning rosak, waterproofing untuk bumbung dan bilik air.
Cat rumah, baik pulih kecil dan kerja kemasan ikut cita rasa & bajet.
Tak pasti kerja tu masuk bidang mana? Hantar gambar, Acik bagi tahu.
Kenapa Acik
Acik Tukang Kampung Enterprise diterajui oleh Mohammad Fazyzy Bin Zainuddin, berlatarbelakangkan Teknikal Mekanikal Industri dan berpengalaman sejak 2021. Setiap kerja bermula dengan mencari punca sebenar, bukan tampal saja.
Acik sendiri yang datang periksa dan pantau kerja. Sebab tu Acik jaga nama: harga dibincang dulu, kerja dibuat kemas, dan rumah pelanggan dihormati.
“Kira mudah-mudah dengan Acik.”
Bukan tampal saja. Acik kesan sumber masalah dulu.
Sebut harga percuma, tiada kos tersembunyi.
Pilihan bahan dan cara kerja dibincang ikut kemampuan.
Tak payah uruskan beberapa tukang berbeza.
Latar belakang Teknikal Mekanikal Industri
Pakej khas
Pakej disesuaikan ikut keadaan rumah dan bajet anda. Bincang dulu, baru mula.
Jaga rumah mak ayah
Acik periksa dan baiki rumah ibu bapa anda di kampung. Laporan gambar & video sebelum/selepas dihantar terus ke WhatsApp anda.
Rumah baharu
Baru dapat kunci? Pasang lampu, kipas, soket, pam air dan awning ikut bajet. Boleh buat berperingkat.
Homestay & rumah sewa
Pembaikan pantas untuk homestay dan rumah sewa: aircond, sinki, paip, lampu dan kerja kecil lain.
Pakej disesuaikan ikut keadaan rumah. WhatsApp untuk bincang.
Cara berurusan
Tak perlu borang panjang. WhatsApp, Acik periksa, harga dipersetujui, kerja dibuat.
Ceritakan masalah. Hantar gambar atau video pendek kalau ada.
Acik datang tengok punca masalah. Pemeriksaan percuma.
Harga dan skop dibincang sampai jelas. Baru kerja bermula.
Kerja dibuat, diuji, dan rumah dikemas sebelum Acik balik.
Kawasan liputan
Berpangkalan di Jerlun, Alor Setar. Acik bergerak ke seluruh Kedah Utara dan Perlis.
Alor Setar, Mergong, Anak Bukit, Kuala Kedah, Kepala Batas, Langgar, Simpang Empat.
Jerlun, Ayer Hitam, Jitra, Tunjang, Kodiang, Changlun.
Pokok Sena, Pendang, Kota Sarang Semut, Guar Chempedak, Yan.
Kangar, Arau, Kuala Perlis, Jejawi, Seriab, Beseri, Mata Ayer, Padang Besar.
Tak nampak area anda? WhatsApp Acik, tanya dulu.
FAQ
Kalau soalan anda tak ada di sini, terus WhatsApp Acik. Acik reply secepat mungkin.
Masih ada soalan? WhatsApp AcikJangan tunggu
Hantar gambar, ceritakan masalah. Acik bagi pandangan dan anggaran harga.
Periksa & sebut harga percuma · Buka setiap hari kecuali Jumaat, 9 pagi–6 petang